Tuesday 15 March 2011

KENURI ASIAH SAAD


Kepada kawan kawan bekas pelajar SMDSO tingkatan 6 1976-77 - Saya menerima wakil dari Pn ASIAH SAAD ( Tobiar , Pendang @ 6A4) menjemput rakan rakan semua ke majlis pernikahan anak beliau seperti berikut :-

Tarikh : 19 Mac 2011
Alamat : No. 1, Taman Kubang Pasu, Jitra Kedah.
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 - 4.00 ptg.

Harap kawan kawan dapat meluangkan masa ke majlis tersebut., mudah mudahan kita semua diberkati dan dilimpahi rahmatNya.

Sunday 6 March 2011

SEBUAH CATATAN UNTUK DEKNI


Dekni.
Saat saya memandang gambar ini, rasanya tempuh 30 tahun yang telah berlalu itu seolah sedetik. Tempuh selama itu sudah cukup untuk mendewasakan seorang manusia. Tetapi rasanya seperti baru 30 hari berlalu.
Saya sudah lupa bila dan di mana ia dirakamkan. Tetapi mereka semua tetap dalam ingatan. Kecuali jejaka berbaju T biru putih itu. Maafkan saya. Udah terlupa walau saya perah seluruh daya ingatan antik ini, namun recognition itu tidak terurai juga.
Sapa tidak kenal arwah Lina, gadis comel yang mesra itu , seperti jugalah adiknya yang seorang disana!!
Di kampus, saya jarang bercampur dengan arwah kerana kedudukan jabatan kami agak jauh. Tidak banyak kisah yang boleh saya lakar tentangnya. Lagi pun waktu itu saya lebih akrab dengan junior jabatan textile tempat noris dengan mimi bertapa. Dimana saya selalu pau kerepek dan biskut mereka.
Sesudah graduate saya terus terpisah dengan arwah tanpa sebarang berita melainkan khabar ia buat ATD. Selepas itu sepi dan sunyi. Kira kira lima tahun lalu timbul hasrat untuk menghimpun kembali rakan rakan lama ketika menziarahi Jon di UKM. Lalu saya berusaha mengesan dan dari situ lah saya mendapat khabar bahawa arwah telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Sejak sekian lama - mudah mudahan Allah merahmati ruhnya dengan segala limpah kurnia oleh zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang - Amin.
Zahari - nama manjanya di kampus ialah Bon. Barangkali yang paling akrab dengan saya. Paling banyak berkongsi rahsia dan kisah suka duka sebagai pelajar. Kami sama sama dari Kedah. Dia di Titi Gajah dan saya di Jitra. Bahkan kami menyewa rumah bersama di Bangsar semasa saya bertugas dengan BERNAMA.
Bon memang kalut sikit. Tapi dia paling pintar di Jabatan kami. Pemegang rekod senarai dekan hampir semua semester dan pelajar terbaik jabatan. Selepas tamat, dia berkhidmat dengan TV3 sebelum mendapat biasiswa Asean Japan dan melanjutkan pelajarannya di University Syracuse, New York, USA. Kini Bon mengetuai unit fotografi NST, Kuala Lumpur.
Ehsan - jejaka tampan itu baik hati tapi panas baran. Anak penghulu Lanchang di Pahang, Ehsan pemain bola mewakili kolej dan school masa itu. Tu yang dia timing sikit tu..ha ha..ha..Kami selalu melepak bersama di textile dept. perabih kerepek budak budak di situ.
Selepas tamat, Ehsan berkhidmat dengan ITM kemudian melanjutkan pengajian MScnya di USA dalam bidang teknologi percetakan. Sekembali ke tanah air dia jadi pensyarah di UiTM sehingga kini. Semenjak tua ni Ehsan tidak gemar bertemu rakan rakan lama. Entah apa sebab nya. Saya cuma sekali dapat bertemunya di UiTM. Ajak makan pun tak ada masa.
Mustaffa Halabi - seorang yang lemah lembut dan polite. Disayangi semua rakan seangkatan, senior dan junior. Tidak tahu apa ilmu yang dia pakai. Pensyarah-pensyarah pun begitu juga. Mungkin kerana dia jeneh smart guy. Pemuda Lenggong, Perak ini yang paling cemerlang dalam akademik dari kalangan kami. Dia juga mendapat biasiswa pensyarah muda menyambung MAnya di US dan kemudian Phd nya di London. Kini sebagai dekan FSSR, UiTM dengan jawatan Prof. Madya. Paling akhir bertemu dia tiga minggu lepas minum kopi di Concodre, Shah Alam.
Saya berbangga dengan pencapaian mereka dan tidak menyesal kerana menolak skim pensyarah muda dulu kerana saya kurang berminat dalam pendidikan. Saya lebih menjurus kepada kerjaya dalam bidang media yang tak tahawan hala tu. Kononnya rugged macam motosikal scrambler. Ada lesen besar untuk pergi kemana mana saja. Masa muda memang seronok la tapi bila dah tua minda kita pun berubah mengikut usia. Kederat pun koi tak ada. Maka sebenarnya bidang pendidikan juga lebih sesuai sepanjang usia.
Dekni - mu telah buat pilihan tepat menerjuni dan bergelumang dalam dunia pendidikan . Berkhidmat untuk anak bangsa demi ilmu, jika diguna untuk kebaikan adalah pahala. Bekalan di hari muka.