Thursday 7 January 2010

EMPAT SEKAWAN

Gambar ini kami rakam di kedai gambar Soo, jitra selepas balik dari sekolah pada suatu hari dalam tahun 1975. Yang duduk tu Zulkifli Abd Rahman - masih gagal gagal dijejaki tetapi alamatnya 360, Felda Lubuk Merbau, Pendang.
Berdiri di kanan aku tu Fadil Man asal dari Felda Guar Napai, la toke restoran di Jln. Taman Jati, Kulim Kedah selepas bersara dari Batalion 2, Pasukan Gerakan Am , Kem Kulim, Kedah. Berdiri sebelah kiri aku tu Ismail Taib asal dari Tok Kesop la ni menetap di Alor Janggus - berkerja dengan Sime Tire selepas pencen TLDM, Lumut.
Masa sekolah dulu Fadil Man ada Honda Cup. Sorang lagi yang ada mutu Norsaid - Honda CB100. CB100 masa tu macam NSR ni la. Selalu aku tumpang Fadil meronda Pekan Jitra. Pernah dia bagi aku try sekali. Itu lah mula nya aku naik motor.
HP Fadil Man : 012 432 0120
HP Ismail Taib : 013 401 1934



Sunday 3 January 2010

Panglima Telok Gelam

Kalau hangpa nak kenai ini la dia rupa paras kumpulan Offroad Rider Telok Gelam pada awal 80an. Yang cekak pinggang hujung kanan tu, Presiden dia Ramlan Husin. Masa tu, Ramlan tengah tunggu Yamaha Enduro dia dan aku tengah tunggu Honda XL125 yang kami oder dari Jepun, tapi tak sampai-sampai......