Saturday 9 October 2010

HASHIM MAEL DAN HAMID DESA

Hamid Desa salah seorang rakan kelas aku di SMDSO. Selepas bersara awal PTD, dia hidup berdikari. Lebih kurang macam aku jugak lah. Base dia di Selayang, tidak jauh dari pejabat Abu Samah - FAMA.Tiba saja dia telefon. Sembang punya sembang, terpanjut idea nak jengok Hashim Ismail di Sg. Buloh. Apa cerita orang tua tu di sana.

Bincang dan setuju. Aku telefon Rani Lazim di Bank Negara dan Mat Mael di Bukit Aman serta Abu Samah di FAMA ajak pekena gulai kawah kambing Hashim itu tetapi ketiga tiga depa tidak free. Rani nak sambut tetamu dari Jerman, Perancis dan England. Mat Mael sehari suntuk mesyuarat pasai ladang gadong kut. Abu Samah out station ke PD. Aku dengan Hamid pun jadik.

Tengahari hari Selasa minggu lalu, aku pergi Selayang jemput Hamid dan terus ke Sg. Buloh. Hashim sedang tunggu kami di restoran terbuka yang baru saja diusahakannya. Semua kambingnya dia dah letgo. Dia tukag profesion lagi. Nak jadi macam Chef Wan pulak.

Seperti Hamid, Hashim Mael ni bekas PTD (diplomat) di Rusia. Pencen awai pasai nak menega. Jadi selorong lah kami bertiga. Pencen awai dan berniaga. Jadi, kawan kawan kalau mai ke KL dan lalu dekat dekat Hospital Sungai Buloh, jangan lupa singgah pekena nasik gulai kawah Hashim di restorannya yang hanya beberapa depa saja dari Lebuhraya PLUS.

Sunday 22 August 2010

JAMUAN RAYA AZMI JAAFAR

Rakan kita Sdr. Azmi Jaafar dan isterinya Fauziah menjemput semua rakan rakan bekas pelajar Tingkatan 6 SMDSO 1976-77 kemajlis jamuan raya di rumah beliau di :-

Alamat : 326, Lorong Puith 3,
Taman Rakayat, Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah.

Tarikh : Hari Raya Ke 4
Jam : Dari Pukoi 2.00 hingga 6.00 Petang.
Pakaian : Baju Raya

Azmi Jaafar ni orang pangge Mie Kola Kedah. Trio dia Chup Abaih dan Det Kola. Dia menikah dengan Fauziah, junior kita setahun (6R). Dulu dia satu kelas dengan saya (6A1).
Harap rakan rakan dapat adjust program masing masing supaya dapat meraikan sahabat kita ini dapat supaya dapat juga kita bertemu semula dan beramah mesra sempena bulan mulia.

Thursday 29 July 2010

SIMPATI JAMALUDIN ABU BAKAR


Jamaludin Abu Bakar berada di SMJ dari 1971 hingga 1973. Lepas SRP dia dapat tawaran masuk aliran sains di SMPN, Tunjang. Lepas SPM dia masuk IMR dan kini bertugas di Hospital Jitra dan menetap di Bandar Daulaman. Beliau adalah rakan sekampung dan sama sekolah rendah saya di SKAAT Tok Jalai. Dalam setiap majlis reunion, dia adalah antara rakan yang tidak pernah mis paling awal sampai. Telefon tengah malam ajak minum teh tarik pun dia tidaka menghampakan.
Mudah-mudahan kita dapat berkongsi dan membantu meringankan tanggungan beliau. InsyaAllah.
Dibawah adalah mesej beliau di petik dari laman FB dan respon dari rakan rakan kita.
Saya Jamaludin Abu Bakar kena ambik cuti panjang agak-agak 2 bulan start bulan 8 ni lepaih operate kepala mem pasai barah penuh dah merebak belah kiri otak .lepaih operate doktor nak pantau dlm wd lebeh kurang 2 bulan.kena ambek cuti tanpa gaji atau setengah gaji ka cuti pun tadak.minta kawan fb tolong doa moga selamat semuanya.kalau boleh nak minta sumbangan untuk kos rawatan dll dari kawan-kawan fb (Bank Islam 02039024349270)
3 hours ago ·

Saw Teik Hock En.Jam, saya dan isteri akan sumbang sebanyak RM100, dan akan maklumkan apabila wang tersebut telah dimasukan ke bank...dan kami doakan semuanya selamat...
3 hours ago

Saw Teik Hock En.Jam saya dah masuk RM100 pukul 8.30malam tadi, ini adalah sumbangan tidak seberapa dan iklas dari saya dan isteri..
about an hour ago ·

Aliyah Ramli Insyaallah, diharap jamaludin tabah menghadapinya. kami sentiasa mendoakan agar cepat sembuh.
about an hour ago ·

Mazlee Ahmad Salam men,, aku tak pernah tulih apa-apa pun kat hang selama ni, tapi sebagai kawan, aku turut merasa simpati atas apa yang hang hadapi.. moga tabah Men, sekadar termampu akan lah aku usahakan bersama kawan2 yang ada.

Thursday 22 July 2010

MAKAN DURIAN




Kakja adalah panggilan manja kami kepada Aliyah Ramli. Dia rakan sekelas saya semasa darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera Tok Jalai. Darjah 3 dia pindah ke Sek. Keb. Jitra.
Kemudian kami bertemu sekali lagi di Sekolah Menengah Jitra dalam Tingkatan 2A, 3A dan 4A. Kemudiaan sekali lagi dalam kelas Tingkatan 6A1 di Sek.Men. Dato' Syed Omar, Alor Setar. Tingkatan 1, 5 dan 6 Rendah saya terpisah kerana turun kelas. Kakja terus maintain kelas A kerana dia tergolong dalam pelajar pintar dan aktif kokurikulum, sukan dan juga memegang jawatan jawatan penting di sekolah.
Selepas Tingkatan 6 saya masuk ITM di Shah Alam dan Kakja masuk Maktab Perguruan. Sesudah itu seperti kebanyakan rakan rakan lain kami terputus hubungan sehingga lah munculnya teknologi maklumat yang telah membantu menjejaki kawan kawan sekolah sesudah 30 tahun berpisah.
Apa yang membuat kisah lebih menarik, rupa-rupanya suami Kakja adalah rakan sekelas saya semasa Tingkatan 6 Rendah di Yayasan Bimbingan, Ramli Hashim. Bertemu kembali buat pertama kali ketika kenduri kawin anak sulung mereka, Faiz di Tunjang benar-benar mengikat ukhwah kami. Kebetulan pula Faiz tinggal di Sg. Merab, tidak jauh dari Salak Tinggi tempat tinggal saya sekarang. Sekali lagi kebetulan apabila Siti Rokiah atau nama manjanya Maklang tinggal di Keramat KL dan Che Azmi di Batu Caves. Mereka memang rapat dengan saya. Sejak itu kami sekeluarga sering saling mengenali dan kunjung mengunjung.
Sesuai dengan karisma masa lampaunya, Kakja mengatur satu lagi siri pertemuan semula. Kali ini makan pulut durian di rumah saya di Salak Tinggi. Dia usaha bawa pulut kukus dan jerok maman nak umpan maklang.
Maka berimpun lah keluarga kami termasuk Wan Zaiton, Md Aris Bachik, Che Azmi, Kakja dan Maklang Siti di rumah saya. Saya semawa Hasim Ismail mai sama dan memang dah agak. Hashim memang balog liat kalau nak jumpa kawan kawan ni. Saya menempah durian dari seorang pekebun Cina yang datang buat promosi kat rumah tapi tak sedap hati. Saya tempah juga dari kebun seorang rakan di Jenderam. Mujur. Pekebun China tu tak timbul timbul sampai hari ini.
Terima kasih kawan kawan kerana sudi datang menziarah kami sekeluarga di kediaman sementara Salak Height Villa...he he he..
Rumah Maklang sudah kena..Selepas ni Kakja kata rumah Che Azmi pulak..siap hang Mie..stok nasik lemak satu hari hang kena reserve khas...

Tuesday 15 June 2010

KENURI SAMSUDIN IDRIS

Ini grup paling akhir mai. Grup tok mat lebai sudin dgn Saad Taib..Ku Om jugak ada dalam semua grup..paling awai dan paling akhir..syabas..

Din Shaari jolok tang mana..tok mat gelak besag..
(dua foto diatas baru di terima dari koleksi Din Deris.)


Saulius memicit Lipha.



hasan, lan tok nog, abu hasan dan wan salim
Non Kodiang dgn Ku Om



Wednesday 26 May 2010

WAJAH 1975 DAN 2010

kami dalam tahun 1975 selepas exam SPM.


Kami dalam tahun 2010 di rumah Fazil di Padang Serai, Kedah.

Kawan saya ni namanya Fazil Man. Asal Felda Guag Napai. Masa sekolah dulu selalu meronda dgn dia dengan mutu Honda Cup dia KF 4652. Lepas SPM, dia masuk polis. Saya jejaki dia di Kem PGA Kulim tidak lama dulu. Kemudian bila revisit balik baru-baru ini, dia sudah pencen awal dan menjadi seorang pengusaha restoran di Kulim. Saya sempat singgah dan makan mee goreng istimewa di rumahnya di Padang Serai. Fazil Man ini jiran Michel Ah dengan ACP Ibrahim Chin serta Che Piah Abu di Felda Guar Napai.

Friday 21 May 2010

MD SALEH BAKAR

Terharu saya bila Ramli telefon habag kata Md Saleh Bakar kena strok. Md Saleh ni rakan sekelas tingkatan 6A1 di SMDSO. La ni dia berkhidmat dengan BERAS NASIONAL Megat Dewa. Kali akhir saya jumpa dia masa balik reunion SMJ bulan December 2009. Kata Ramli dia masih dalam rawatan di KMC. Status lanjut masih belum diperolehi. Rakan-rakan sekelian berdoa lah agar dia kembali pulih seperti sediakala. Mudah mudahan Allah merahmati kita semua.
Berita terkini, dia telah balik dan berehat dirumahnya di Kg. Gelong, Pulau Nyior, Tunjang, Kedah setelah 4 hari dirawat di KMC. Keaadan beransur pulih. Bagi rakan rakan yang duduk jauh, boleh lah telefon dia di HP dia 012 529 2602 - bagi semangat kat kawan , Insyaallah.



Foto terbaru Md Saleh Bakar

Md Saleh duduk paling kanan

Monday 3 May 2010

FOTO KENURI FAEZAH

Tuan kenuri, dok tengah tengah, sut hitam tudung merah.

Azli, Det, Ali Param

Basharah, Aliyah, Fatimah, Soleha, Siti Mariam

Rani Lazim,Ali, Azli , Det.


?, Azamuddin, Ayob, Zahari

Din Deris, Ali, Azli, Det





Monday 5 April 2010

KHAS UNTUK MAZLEE

Minum petang kat rumah emak/adik Kakja di Kampung Nyior, Jitra baru baru ini. Mazlee tak tengok lagi Maklang. Bukan nak perangat Maklang.

Tuesday 30 March 2010

KENURI ZAHARI

Siti Mariam, Pak Ku Azir, Abu Samah, Hashim, Mat Lebai Sudin, Abu Hasan, Zahari, Mzal, Kudus, Alipa, Mahathir Mat, Azmi Hasan, Saad Taib, Chup Abas, Rusni.






Siti Hadijah Mustaffa dengan anak, menantu dan cucu ( dalam perut).

Wednesday 3 March 2010

Dulu dan la ni

Abu Samah dulu - sikit punya hensem


Abu Samah la ni - matang dan macho

Hamid Desa dulu - serius saja

Hamid Desa la ni - ada janggut macam kambing hashim



Mat Mail dulu - toya sikit

Mat Mail la ni - jangan main , misai bertaring.

Ishak Aziz dulu - asek kena buli

Ishak la ni - gaya dulu dulu ada lagi.

Sunday 21 February 2010

Kenduri Basiron dan Cikgu Wan Bin

Bairon sedang melayan tetamu istimewa dia hari tu.


CheAzmi, Basiron, Mat Tamin dan Ali Naga



Taiko Tambun, Mohamad Ismail, rakan Tingkatan 6 SMDSO


Sobri Hashim, budak SMJ Kg. Seberang, Jitra la ni jaga Balai Polis Parit, Perak. Cikgu Lan Husin, hang lalu kut tu nak balik Bendang Kering, berenti dulu tabek kat datuk ni di Parit.


Mahathir Alor Rambai, rakan darjah 5 SKAAT pesara Air Force dan bekas pemain ragbi Black Cobra la ni toke daging di Ipoh.


Semua rakan-rakan SMJ kita dari Sarawak dari koleksi Cikgu Wan Bin. Yang saya jumpa dari kalangan depa ni sejak itu hanya Sharizal Chai (Justin Chai Jinggan) kali pertama di kenduri Kakja.


Pasangan bekas guru kita Cikgu Wan Bin binti Kamaruddin dan Cikgu Imram Lee Gek Liang kini menetap di Ipoh, Perak.