Saturday, 9 October 2010

HASHIM MAEL DAN HAMID DESA

Hamid Desa salah seorang rakan kelas aku di SMDSO. Selepas bersara awal PTD, dia hidup berdikari. Lebih kurang macam aku jugak lah. Base dia di Selayang, tidak jauh dari pejabat Abu Samah - FAMA.Tiba saja dia telefon. Sembang punya sembang, terpanjut idea nak jengok Hashim Ismail di Sg. Buloh. Apa cerita orang tua tu di sana.

Bincang dan setuju. Aku telefon Rani Lazim di Bank Negara dan Mat Mael di Bukit Aman serta Abu Samah di FAMA ajak pekena gulai kawah kambing Hashim itu tetapi ketiga tiga depa tidak free. Rani nak sambut tetamu dari Jerman, Perancis dan England. Mat Mael sehari suntuk mesyuarat pasai ladang gadong kut. Abu Samah out station ke PD. Aku dengan Hamid pun jadik.

Tengahari hari Selasa minggu lalu, aku pergi Selayang jemput Hamid dan terus ke Sg. Buloh. Hashim sedang tunggu kami di restoran terbuka yang baru saja diusahakannya. Semua kambingnya dia dah letgo. Dia tukag profesion lagi. Nak jadi macam Chef Wan pulak.

Seperti Hamid, Hashim Mael ni bekas PTD (diplomat) di Rusia. Pencen awai pasai nak menega. Jadi selorong lah kami bertiga. Pencen awai dan berniaga. Jadi, kawan kawan kalau mai ke KL dan lalu dekat dekat Hospital Sungai Buloh, jangan lupa singgah pekena nasik gulai kawah Hashim di restorannya yang hanya beberapa depa saja dari Lebuhraya PLUS.

No comments:

Post a Comment