Monday 5 November 2012

KENURI MOHAMAD ABD RAHIM DAN PAK KU AZIR

Saya menerimaa wakil bagi pihak Sdr Mohamad Abd Rahim dan Pak Ku Azir untuk menjemput rakan rakan bekas pelajar SM Jitra  Tingkatan 1 - 5 (1971-75) dan SM Dato' Syed Omar Ting 6 (1976-77) ke majlis meraikan perkahwinan anak masing masing seperti berikut :-

Kenuri Mohamad Abd Rahim
     Tarikh : 17.11.12
     Hari : Sabtu
     Alamat :  Lot 417, Kg. Pulau Nyior,06000 Jitra, Kedah.
   Tel : 012-4807175 / 04-9292261

Kenuri Pak Ku Azir
  • Salam....Jemput ke rumah pada
    1 Dis. 2012 ni kerana nak buat kenuri kawin anak ana
    di alamat Nombor 8, Bukit Indah, Bandar darulaman. Kedah.
    Tolong war-war kpd. rakan2 sebelah sana sama kalau jumpa.Lagi baik masukkan dalam blok anta tu. HP : 012 4086500
    Mohamad Rahim dan Pak Ku kedua duanya bekas pelajar SMJ dan SMDSO. Di harap rakan rakan yang tinggaal berdekatan atau yang tiada hal terdesak walaupun tinggal jauh dapat sama sama meraikan majlis sahabat sahabat kita ini. Semoga majlis akan bertambah meriah dan di berkati Allah.



    Thursday 9 August 2012

    KENDURI FAEZAH ISMAIL

         Kepada rakan rakan Tingkatan 6 1976-77 SMDSO , sdr/i sekeluarga adalah dijemput oleh Faezah Ismail ( 6A1 1977) untuk ke majlis meraikan perkahwinan anak beliau di kediaman mereka seperti tertera dalam kad jemputan. 


         Faezah adalah adik cikgu Mahmud Ismail dan la ni berkhidmat di JPN Kedah. Pada majlis kenduri kawin  anak beliau terdahulu yang disempurnakan di Dewan JPN , Alor Setar, ramai kawan kawan telah datang dan  berhimpun. Suasana ini diharap oleh beliau akan berulang semula tetapi kali ini di suasan rumah nya sendiri di Bukit Tinggi, Kepala Batas, Kedah.

    Friday 22 June 2012

    SATAY KAJANG DGN TAT RAHIM

         Telah beberapa kali rancangan untuk bertemu dia tidak menjadi. Ada sahaja hal hal yang tidak dapat di elakkan. Bukan jauh  pun jarak kami. Dia di Kajang dan saya di Sepang. Lebih kurang macam jarak antara Jitra dengan Bukit Kayu Hitam. 
        Malam Selasa lalu Fazil datang dari Tok Jalai. Seperti Kakja dengan Ramli, Fazil selalu datang kerana melepas rindu dengan cucunya di Bangi.  Saya hubungi Aris di Kelana Jaya dan Azmi Bidin di Batu Caves. Mereka berdua juga sangat teruja untuk bertemu dia. Ingat ingat lupa kata mereka. Cantik. Kami putuskan Pekan Kajang sebagai tempat untuk bertemu kerana di sana ada Satay Kajang. Lagi pun pekan itu berhampiran rumah dia dan jugak pekan tempat saya melepak sejak sekian lama.
         Tidak lama menunggu dia pun tiba dengan Toyota Harrier nya. Wah..dulu dulu dia kayuh basikal warna biru dari Paya Kemunting datang ke sekolah di Pekan JItra. Sekarang sesudah 40 tahun bukan main lagi dia.
         Seperti diduga apabila bersemuka dan bercerita  baru lah Aris, Fazil dan Che Azmi dapat meningati si Mohtar Abd Rahim ini. Walaupun sudah berusia 54 tahun tetapi wajahnya tidak dimakan tua. Rambut masih lebat dan hitam pekat. Berbanding saya, Fazil dan Azmi barangkali Aris kut yang boleh seiring Mohtar. Selain awet muda Mohtar juga beristeri muda..patut lerr..Tetapi bukan saja saja dicari melainkan kehendak takdir jua. Begitu menurut riwayatnya.
        Malam itu merekodkan satu lagi detik bermakna mengenai kisah persahabatan dalam perjalanan hidup saya. Seperti biasa belum sempat apa apa Azmi Bidin telah merabut janji Tat Rahim yang hendak selesaikan bil satay malam itu. Itu satu perangai Mie Bidin. Apa buleh buat Tat. 
        Seperti selalu, kami menyelami kisah silam sehingga menjelang tengah malam. 
        

    Tuesday 8 May 2012

    Menerima wakil tuan haji Hasan Morad rakan kelas 6A1 SMDSO 1977..menjemput semua rakan rakan bekas pelajar tingkatan 6, 1976-77 SMDSO ke majlis kenduri kawin anak beliau pada :-


    Tarikh      : 26.05.12
    Hari         : Sabtu
    Tempat    : Dewan IKM Sungai Petani
    Masa       : 12.00tghari - 05.00 ptg.
    HP: Hj Hasan 019 414 7449



    Semoga kehadiran kawan kawan semua akan menambahkan seri majlis sdr kita ni dan juga merapatkan ukhwah sesama kita.