Thursday 8 December 2011

HOMECOMING SMDSO 2011

Satu majlis perjumpaan semula bekas pelajar SMDSO 70an akan diadakan seperti perancangan berikut :-


Tarikh : 25.12.2011


Tempat : Dewan /sekolah SMKDSO Jalan Sultanah, Alor Setar.


Masa : 2.00 hingga 6.00 petang.


Sumbangan : RM 30.00 seorang.
( Bank in dalam akaun Zakaria Mansor  Maybank  1520 2200 7778 )  kemudian inform  pakya di 019 477 8924

Monday 23 May 2011

KENURI MIE JAPAG & LAN TOK NOG

Saya mendapat wakil dua orang sahabat SMDSO kita ( Tingkatan 6 1976-77) untuk menjemput rakan-rakan semua ke majlis perkahwinan anak mereka :-

Kenuri Azmi Jaafar
Tarikh : 2.6.11
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Insaniah, Kolej Insaniah,
Mergong, Alor Setar.
HP : 012 495 8101

Kenuri Azlan Md Nor ( Lan Tok Nog)
Tarikh : 4.6.11
Hari : Sabtu
Tempat : 490, Jalan 2/3, Taman Siswa 2, Bandar Darulaman, Jitra Kedah.
HP : 019 558 9379

Semoga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk meraikan majlis bermakna sahabat sahabat kita ini. InsyaAllah.

Tuesday 15 March 2011

KENURI ASIAH SAAD


Kepada kawan kawan bekas pelajar SMDSO tingkatan 6 1976-77 - Saya menerima wakil dari Pn ASIAH SAAD ( Tobiar , Pendang @ 6A4) menjemput rakan rakan semua ke majlis pernikahan anak beliau seperti berikut :-

Tarikh : 19 Mac 2011
Alamat : No. 1, Taman Kubang Pasu, Jitra Kedah.
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 - 4.00 ptg.

Harap kawan kawan dapat meluangkan masa ke majlis tersebut., mudah mudahan kita semua diberkati dan dilimpahi rahmatNya.

Sunday 6 March 2011

SEBUAH CATATAN UNTUK DEKNI


Dekni.
Saat saya memandang gambar ini, rasanya tempuh 30 tahun yang telah berlalu itu seolah sedetik. Tempuh selama itu sudah cukup untuk mendewasakan seorang manusia. Tetapi rasanya seperti baru 30 hari berlalu.
Saya sudah lupa bila dan di mana ia dirakamkan. Tetapi mereka semua tetap dalam ingatan. Kecuali jejaka berbaju T biru putih itu. Maafkan saya. Udah terlupa walau saya perah seluruh daya ingatan antik ini, namun recognition itu tidak terurai juga.
Sapa tidak kenal arwah Lina, gadis comel yang mesra itu , seperti jugalah adiknya yang seorang disana!!
Di kampus, saya jarang bercampur dengan arwah kerana kedudukan jabatan kami agak jauh. Tidak banyak kisah yang boleh saya lakar tentangnya. Lagi pun waktu itu saya lebih akrab dengan junior jabatan textile tempat noris dengan mimi bertapa. Dimana saya selalu pau kerepek dan biskut mereka.
Sesudah graduate saya terus terpisah dengan arwah tanpa sebarang berita melainkan khabar ia buat ATD. Selepas itu sepi dan sunyi. Kira kira lima tahun lalu timbul hasrat untuk menghimpun kembali rakan rakan lama ketika menziarahi Jon di UKM. Lalu saya berusaha mengesan dan dari situ lah saya mendapat khabar bahawa arwah telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Sejak sekian lama - mudah mudahan Allah merahmati ruhnya dengan segala limpah kurnia oleh zat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang - Amin.
Zahari - nama manjanya di kampus ialah Bon. Barangkali yang paling akrab dengan saya. Paling banyak berkongsi rahsia dan kisah suka duka sebagai pelajar. Kami sama sama dari Kedah. Dia di Titi Gajah dan saya di Jitra. Bahkan kami menyewa rumah bersama di Bangsar semasa saya bertugas dengan BERNAMA.
Bon memang kalut sikit. Tapi dia paling pintar di Jabatan kami. Pemegang rekod senarai dekan hampir semua semester dan pelajar terbaik jabatan. Selepas tamat, dia berkhidmat dengan TV3 sebelum mendapat biasiswa Asean Japan dan melanjutkan pelajarannya di University Syracuse, New York, USA. Kini Bon mengetuai unit fotografi NST, Kuala Lumpur.
Ehsan - jejaka tampan itu baik hati tapi panas baran. Anak penghulu Lanchang di Pahang, Ehsan pemain bola mewakili kolej dan school masa itu. Tu yang dia timing sikit tu..ha ha..ha..Kami selalu melepak bersama di textile dept. perabih kerepek budak budak di situ.
Selepas tamat, Ehsan berkhidmat dengan ITM kemudian melanjutkan pengajian MScnya di USA dalam bidang teknologi percetakan. Sekembali ke tanah air dia jadi pensyarah di UiTM sehingga kini. Semenjak tua ni Ehsan tidak gemar bertemu rakan rakan lama. Entah apa sebab nya. Saya cuma sekali dapat bertemunya di UiTM. Ajak makan pun tak ada masa.
Mustaffa Halabi - seorang yang lemah lembut dan polite. Disayangi semua rakan seangkatan, senior dan junior. Tidak tahu apa ilmu yang dia pakai. Pensyarah-pensyarah pun begitu juga. Mungkin kerana dia jeneh smart guy. Pemuda Lenggong, Perak ini yang paling cemerlang dalam akademik dari kalangan kami. Dia juga mendapat biasiswa pensyarah muda menyambung MAnya di US dan kemudian Phd nya di London. Kini sebagai dekan FSSR, UiTM dengan jawatan Prof. Madya. Paling akhir bertemu dia tiga minggu lepas minum kopi di Concodre, Shah Alam.
Saya berbangga dengan pencapaian mereka dan tidak menyesal kerana menolak skim pensyarah muda dulu kerana saya kurang berminat dalam pendidikan. Saya lebih menjurus kepada kerjaya dalam bidang media yang tak tahawan hala tu. Kononnya rugged macam motosikal scrambler. Ada lesen besar untuk pergi kemana mana saja. Masa muda memang seronok la tapi bila dah tua minda kita pun berubah mengikut usia. Kederat pun koi tak ada. Maka sebenarnya bidang pendidikan juga lebih sesuai sepanjang usia.
Dekni - mu telah buat pilihan tepat menerjuni dan bergelumang dalam dunia pendidikan . Berkhidmat untuk anak bangsa demi ilmu, jika diguna untuk kebaikan adalah pahala. Bekalan di hari muka.

Wednesday 23 February 2011

ERTI IKATAN PERSAHABATAN

Pada pagi Selasa itu saya menjadi sardin dalam koc komuter dari Bangi ke KL. Kesesakan dasyat itu menyebabkan saya membiarkan saja nada mesej yang masuk dalam talian talipon bimbit. Dalam campuran bau peluh masam dengan haruman minyak wangi saya cuba menyelami suasana. Timbul rasa kesal memilih kenderaan awam. Kalau begini lah keadaannya lebih baik saya terjerat dalam lalaulintas kenderaan sendiri. Sekurang kurangnya boleh dengar apa apa yang patut dan menikmati hawa dingin eklusif berbanding melihat pendedahan-pendedahan berani yang boleh memacu aliran darah dengan lebih pantas menghentak jantung.
Sampai di stesen tempat tujuan baharu lah saya memeriksa mesej. Rupanya dari Abu Samah.
" Assalamu'alaikum. Mat. cemuih aih cuti dok rumah. baru seminggu ada lagi 5 minggu, hang dok buat apa tu?"
Ha ha ha..saya gelak sendiri. Orang macam Abu mana gheti duduk rumah. Mati kutu. Dia jeneh lipas kudung. Macam kereta rally.
Tidak membalas mesej tersebut sebaliknya saya terus buat panggilan. Saya tidak berapa gemar guna sms kecuali terpaksa.
Menjawab panggilan saya terdengar suara Abu girang sekali. Rupa rupa dalam duduk melahu seorang diri, tiba tiba terjongoi Mat Mae datang ziarah dia. Amat untung ahang Abu. Bukan senang si Mat Mae ni nak boleh datang. Sibuk dia kurang sikit dari kesibukan PM. Tetapi kerana bimbang dengar habag berita Abu dapat MC sampai 6 minggu, sahabat baik dia sesama mengkalong pelam muda orang di tepi pagar Sek. Dato' Syed Omar dulu, maka Mat Mae meragau pergi ke Shah Alam cari rumah Abu. Tang tu hebatnya Mat Mae ni. Macam misai dia jugak. He he he..
Tidak lama kemudian sewaktu saya dalam perjalanan balik talipon berdering lagi. Kali ini dari Mat Mae. Rupa rupanya depa dua orang ni tengah pekena nasi Beryani gam tengah hari tu.
Kebah terus demam Abu. Tapi tang rokok , tidak sekerit dia balut rokok daun. Abu ..Abu...
Nanti balik Kedah aku beli kat hang tembakau Jawa ( hitam pekat melekit - cucuh api dia mudah membara susah padam. Boh kat pacat atau lintah mampuih keras menatanga tu).


Monday 3 January 2011

ALI PA DI KL


Hebat kawan saya yang seorang ini. Sempena tahun baru 2011 dia menyambut menantu perempuannya di Dataran Metropolitan Kepong, KL. Hebat kerana dia turun dari Pulau Langkawi nun jauh di utara negeri Kedah.
Kenuri di KL katanya untuk meraikan rakan taulan dan sedara mara yang tidak dapat balik kenuri di Kedah dan Langkawi tempuh hari. Demikian prihatinnya beliau.
Malangnya kawan kawan yang diharap dapat bersama meraikannya tidak dapat juga berbuat demikian kerana urusan masing masing. Abu Samah hantar anak ke UiTM Melaka. Mat Mael hantar anak ke UTM Skudai. Hamid tidak jawab hanpon berkali kali. Begitu jugak Hashim Mae. Samsdudin Hamid tak jadi datang saat akhir kerana masalah kenderaan. Akhirnya saya datang bersama anak lelaki saya Umar.
Lipha sekeluarga kelihatan amat gumbira. Cuaca pun cantik. Tempat pun menarik. Kami borak borak sampai orang angkit meja. Alangkah meriahnya kalau kawan kawan di KL dapat bersama..
Kenuri ini menyambut menantu pertama untuk anak lelaki sulung mereka, Faiz. Faiz seorang ushawan muda industri pelancungan di Pulau Langkawi. Syarikat beliau menawarkan berbagai perkhidmatan mancing, melancung ke thailand, scuba diving, lawatan geopark, resort dan chalet dan lain lain aktiviti pelancungan di Langkawi. Di lihat dari umurnya yang sangat muda iaitu awal 20an, nyata anak didik sekolah Alam Shah ini seorang yang berjiwa besar dalam misi perniagaannya. Lipha boleh berbangga dengan anak lelakinya ini. Tahniah Lipha..