Kakja adalah panggilan manja kami kepada Aliyah Ramli. Dia rakan sekelas saya semasa darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera Tok Jalai. Darjah 3 dia pindah ke Sek. Keb. Jitra.
Kemudian kami bertemu sekali lagi di Sekolah Menengah Jitra dalam Tingkatan 2A, 3A dan 4A. Kemudiaan sekali lagi dalam kelas Tingkatan 6A1 di Sek.Men. Dato' Syed Omar, Alor Setar. Tingkatan 1, 5 dan 6 Rendah saya terpisah kerana turun kelas. Kakja terus maintain kelas A kerana dia tergolong dalam pelajar pintar dan aktif kokurikulum, sukan dan juga memegang jawatan jawatan penting di sekolah.
Selepas Tingkatan 6 saya masuk ITM di Shah Alam dan Kakja masuk Maktab Perguruan. Sesudah itu seperti kebanyakan rakan rakan lain kami terputus hubungan sehingga lah munculnya teknologi maklumat yang telah membantu menjejaki kawan kawan sekolah sesudah 30 tahun berpisah.
Apa yang membuat kisah lebih menarik, rupa-rupanya suami Kakja adalah rakan sekelas saya semasa Tingkatan 6 Rendah di Yayasan Bimbingan, Ramli Hashim. Bertemu kembali buat pertama kali ketika kenduri kawin anak sulung mereka, Faiz di Tunjang benar-benar mengikat ukhwah kami. Kebetulan pula Faiz tinggal di Sg. Merab, tidak jauh dari Salak Tinggi tempat tinggal saya sekarang. Sekali lagi kebetulan apabila Siti Rokiah atau nama manjanya Maklang tinggal di Keramat KL dan Che Azmi di Batu Caves. Mereka memang rapat dengan saya. Sejak itu kami sekeluarga sering saling mengenali dan kunjung mengunjung.
Sesuai dengan karisma masa lampaunya, Kakja mengatur satu lagi siri pertemuan semula. Kali ini makan pulut durian di rumah saya di Salak Tinggi. Dia usaha bawa pulut kukus dan jerok maman nak umpan maklang.
Maka berimpun lah keluarga kami termasuk Wan Zaiton, Md Aris Bachik, Che Azmi, Kakja dan Maklang Siti di rumah saya. Saya semawa Hasim Ismail mai sama dan memang dah agak. Hashim memang balog liat kalau nak jumpa kawan kawan ni. Saya menempah durian dari seorang pekebun Cina yang datang buat promosi kat rumah tapi tak sedap hati. Saya tempah juga dari kebun seorang rakan di Jenderam. Mujur. Pekebun China tu tak timbul timbul sampai hari ini.
Terima kasih kawan kawan kerana sudi datang menziarah kami sekeluarga di kediaman sementara Salak Height Villa...he he he..
Rumah Maklang sudah kena..Selepas ni Kakja kata rumah Che Azmi pulak..siap hang Mie..stok nasik lemak satu hari hang kena reserve khas...
No comments:
Post a Comment