Pada pagi Selasa itu saya menjadi sardin dalam koc komuter dari Bangi ke KL. Kesesakan dasyat itu menyebabkan saya membiarkan saja nada mesej yang masuk dalam talian talipon bimbit. Dalam campuran bau peluh masam dengan haruman minyak wangi saya cuba menyelami suasana. Timbul rasa kesal memilih kenderaan awam. Kalau begini lah keadaannya lebih baik saya terjerat dalam lalaulintas kenderaan sendiri. Sekurang kurangnya boleh dengar apa apa yang patut dan menikmati hawa dingin eklusif berbanding melihat pendedahan-pendedahan berani yang boleh memacu aliran darah dengan lebih pantas menghentak jantung.
Sampai di stesen tempat tujuan baharu lah saya memeriksa mesej. Rupanya dari Abu Samah.
" Assalamu'alaikum. Mat. cemuih aih cuti dok rumah. baru seminggu ada lagi 5 minggu, hang dok buat apa tu?"
Ha ha ha..saya gelak sendiri. Orang macam Abu mana gheti duduk rumah. Mati kutu. Dia jeneh lipas kudung. Macam kereta rally.
Tidak membalas mesej tersebut sebaliknya saya terus buat panggilan. Saya tidak berapa gemar guna sms kecuali terpaksa.
Menjawab panggilan saya terdengar suara Abu girang sekali. Rupa rupa dalam duduk melahu seorang diri, tiba tiba terjongoi Mat Mae datang ziarah dia. Amat untung ahang Abu. Bukan senang si Mat Mae ni nak boleh datang. Sibuk dia kurang sikit dari kesibukan PM. Tetapi kerana bimbang dengar habag berita Abu dapat MC sampai 6 minggu, sahabat baik dia sesama mengkalong pelam muda orang di tepi pagar Sek. Dato' Syed Omar dulu, maka Mat Mae meragau pergi ke Shah Alam cari rumah Abu. Tang tu hebatnya Mat Mae ni. Macam misai dia jugak. He he he..
Tidak lama kemudian sewaktu saya dalam perjalanan balik talipon berdering lagi. Kali ini dari Mat Mae. Rupa rupanya depa dua orang ni tengah pekena nasi Beryani gam tengah hari tu.
Kebah terus demam Abu. Tapi tang rokok , tidak sekerit dia balut rokok daun. Abu ..Abu...
Nanti balik Kedah aku beli kat hang tembakau Jawa ( hitam pekat melekit - cucuh api dia mudah membara susah padam. Boh kat pacat atau lintah mampuih keras menatanga tu).