Friday, 22 June 2012

SATAY KAJANG DGN TAT RAHIM

     Telah beberapa kali rancangan untuk bertemu dia tidak menjadi. Ada sahaja hal hal yang tidak dapat di elakkan. Bukan jauh  pun jarak kami. Dia di Kajang dan saya di Sepang. Lebih kurang macam jarak antara Jitra dengan Bukit Kayu Hitam. 
    Malam Selasa lalu Fazil datang dari Tok Jalai. Seperti Kakja dengan Ramli, Fazil selalu datang kerana melepas rindu dengan cucunya di Bangi.  Saya hubungi Aris di Kelana Jaya dan Azmi Bidin di Batu Caves. Mereka berdua juga sangat teruja untuk bertemu dia. Ingat ingat lupa kata mereka. Cantik. Kami putuskan Pekan Kajang sebagai tempat untuk bertemu kerana di sana ada Satay Kajang. Lagi pun pekan itu berhampiran rumah dia dan jugak pekan tempat saya melepak sejak sekian lama.
     Tidak lama menunggu dia pun tiba dengan Toyota Harrier nya. Wah..dulu dulu dia kayuh basikal warna biru dari Paya Kemunting datang ke sekolah di Pekan JItra. Sekarang sesudah 40 tahun bukan main lagi dia.
     Seperti diduga apabila bersemuka dan bercerita  baru lah Aris, Fazil dan Che Azmi dapat meningati si Mohtar Abd Rahim ini. Walaupun sudah berusia 54 tahun tetapi wajahnya tidak dimakan tua. Rambut masih lebat dan hitam pekat. Berbanding saya, Fazil dan Azmi barangkali Aris kut yang boleh seiring Mohtar. Selain awet muda Mohtar juga beristeri muda..patut lerr..Tetapi bukan saja saja dicari melainkan kehendak takdir jua. Begitu menurut riwayatnya.
    Malam itu merekodkan satu lagi detik bermakna mengenai kisah persahabatan dalam perjalanan hidup saya. Seperti biasa belum sempat apa apa Azmi Bidin telah merabut janji Tat Rahim yang hendak selesaikan bil satay malam itu. Itu satu perangai Mie Bidin. Apa buleh buat Tat. 
    Seperti selalu, kami menyelami kisah silam sehingga menjelang tengah malam.