Pagi-pagi tengah siap nak pi cari cempedak kat Jenderam , Koden talipon. Koden dulu budak Form. Junior setahun tapi pasai dia ni aktif sukan dan kacak pula maka ghalibnya menjadi popular lah kat sekolah pada zaman tu. Puas saya recall perah memori tak dapat nak cam dia ni. Mie Che Lam saya ingat. Non Mamak saya ingat. Tapi takpa, nanti buleh set satu hari pekena teh tarik di Presint 8 ka atau Bagan Lalang ka sambil kutip kulit siput atau pung kat kedai catuk Kg Jenderam , boleh ragas pokok cempedak pasai la ni musim buah dia sedang aroma.
Anyway, saya sangat besar hati atas inisiatif beliau untuk mengeratkan SMJian. Sayangnya haritu dia takdapat pi majlis Kakja kerana timing clashed.
Awai-awai lagi Mak Lang CT dengan KakJa tanak pulut. Derian Kakja dengan Ramli bawa dari Bukit Tunjang. Depa travel sejauh 550 KM dari Tunjang ke Sg. Merab kerana nak jamu kawan makan pulut derian.
Sebenornya anak dan menantu depa ni nak masuk rumah baru. Sempena itu depa import tradisi orang Kedah mai kesini. Biasanya pulut derian ni menu orang Utara untuk meraikan sesuatu majlis atau kenduri pada musim buah macam ni. Ini la contoh parentship mithali. Dimana anak-anak duduk disitu mereka sampai.
CheAzmi tak dapat mai kerana nak pi ambik cencaluk. Hashim pulak kena kepong kambing dia terlepas kandang. Waktu saya sampai Harison dgn Mak Lang CT dah tersandar kenyang pulut derian. Yati Daud pulak sesat cari jalan, pi cari sate Kajang, tapi tak jumpa kedai.
Selebihnya Ramli dan KaKja dengan anak menantu mai rumah saya di Salak Tinggi. Ehh no. Rasa macam mimpi. TQ la pasai depa sudi ziarah kami sekeluarga di Ulu Salak nuu.
Selang dua hari Munir mai lagi. Dia ni rajin buat kursus di Serdang. Jadi malam kemarin, kami pi rumah Norlida di Desa Pinggiran. Munir dengan Norlida ni ada bau-bau nangka sebelah mak dia. Norlida kawan kami masa sekolah rendah di Kem Tok Jalai.