Sunday, 5 July 2009

DURIAN JERAM CEMPEDAK JENDERAM


Pagi-pagi tengah siap nak pi cari cempedak kat Jenderam , Koden talipon. Koden dulu budak Form. Junior setahun tapi pasai dia ni aktif sukan dan kacak pula maka ghalibnya menjadi popular lah kat sekolah pada zaman tu. Puas saya recall perah memori tak dapat nak cam dia ni. Mie Che Lam saya ingat. Non Mamak saya ingat. Tapi takpa, nanti buleh set satu hari pekena teh tarik di Presint 8 ka atau Bagan Lalang ka sambil kutip kulit siput atau pung kat kedai catuk Kg Jenderam , boleh ragas pokok cempedak pasai la ni musim buah dia sedang aroma.

Anyway, saya sangat besar hati atas inisiatif beliau untuk mengeratkan SMJian. Sayangnya haritu dia takdapat pi majlis Kakja kerana timing clashed.

Awai-awai lagi Mak Lang CT dengan KakJa tanak pulut. Derian Kakja dengan Ramli bawa dari Bukit Tunjang. Depa travel sejauh 550 KM dari Tunjang ke Sg. Merab kerana nak jamu kawan makan pulut derian.

Sebenornya anak dan menantu depa ni nak masuk rumah baru. Sempena itu depa import tradisi orang Kedah mai kesini. Biasanya pulut derian ni menu orang Utara untuk meraikan sesuatu majlis atau kenduri pada musim buah macam ni. Ini la contoh parentship mithali. Dimana anak-anak duduk disitu mereka sampai.

CheAzmi tak dapat mai kerana nak pi ambik cencaluk. Hashim pulak kena kepong kambing dia terlepas kandang. Waktu saya sampai Harison dgn Mak Lang CT dah tersandar kenyang pulut derian. Yati Daud pulak sesat cari jalan, pi cari sate Kajang, tapi tak jumpa kedai.

Selebihnya Ramli dan KaKja dengan anak menantu mai rumah saya di Salak Tinggi. Ehh no. Rasa macam mimpi. TQ la pasai depa sudi ziarah kami sekeluarga di Ulu Salak nuu.
Selang dua hari Munir mai lagi. Dia ni rajin buat kursus di Serdang. Jadi malam kemarin, kami pi rumah Norlida di Desa Pinggiran. Munir dengan Norlida ni ada bau-bau nangka sebelah mak dia. Norlida kawan kami masa sekolah rendah di Kem Tok Jalai.

6 comments:

  1. Assalamualaikum saudara,

    Seronok juga dapat makan durian orang Jeram ya. Kalau tak kerana berada di Melaka , isyaallah mungkin saya ada sama disana. Hari tu saya cuba call hp saudara Ahmad tapi tak berjawab. Saya agak tentu tengah sibuk duk kupas derian Jeram. Syoknya..

    Hang buleh kerabat pokok cempedak lagi ka Mat?

    ReplyDelete
  2. SAlam Mie,
    Betoi la .
    derian bila kena dengan pulut kukuih campog santan nyok dan ayag garam secukup rasa kemudian goi sikit perlahan-lahan, puhh ... ringing HP pun tak sedag (sebab silent mode).
    Pokok cempedak la ni rendang-rendang rendah Mie, bukan macam cempedak dulu kat kampong hang tu, melayut sebatang...

    ReplyDelete
  3. laa.. dah pi ka ruma can - norida
    saya teringin gak nak pi, bila lah nak dapat peluang tu. mad pi ajak dia mai umah saya, nanti kita buat BBQ ayam.

    ReplyDelete
  4. Alamak sori la maklang. Aritu Munir bidan terjun. Memang la lama dah Munir nak pi rumah Chan tu. Lagi tu tu first time pi, melilau kami cari rumah dia. Rupanya Desa Pinggiran tu duduk saja dalam Putrajaya tapi jajahan dia dibawah Dengkil. Takpa la kita tengok hari lain. Hujung minggu ni singgah la Salak Tinggi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Semoga sdr sekeluarga sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah. Elok rasanya saya kenaikan diri dulu …Fatimah Zahrin mohd Taib (bagi nama penoh selalunya org cepat ingat…) kalau ibnusaman tak ingat saya mungkin kwn2 lain ada yg ingat kot…dari group Darah59..setelah menjeguk blog ibnusaman saya rasa saya kenai dan pernah berurusan dgn sdr ahmad saman, ingat lagi ke masa tu DBP bercadang2 nk beli system photo libray tu…sdr mai dgn en zahari. Tak sangka ya rupanya kita sekampong dan sama sekolah, masa tu yg saya tau mad saman org kedah…apa2 pun semoga ukhwah terus berkembang dan terjalin dikalangan SMJian melalui blog darah59 dan ibnusaman. Sampaikan salam saya pd kakja maklang CT dll InsyaAllah macam ibnusaman kata kalau umur panjang kita jumpa nanti!

    ReplyDelete
  6. Baru saya ingat, Fatimah Zahrin "budak" form dulu. Tapi masa jumpa kat DBP tak sangka pulak. Lagi sorang Latifah Omar, budak SK Tok Jalai tu, dia remove class di SMJ.
    Ya, moga laman blog ni jadi medan kita semua jalineratkan hubungan dan pupuksuburkan semangat we feeling SMJian. Cun kalau dapat join mini reunion kat rumah Mak Lang CT.

    ReplyDelete