Kawan kita ni namanya Ramlan bin Husin ( yang pakai T shirt biru lengan hitam).Lepas SK Tok Jalai masuk SMJ sampai tingkatan 3. Lepas SRP masuk aliran sains di SM Pulau Nyior. Lepas SPM masuk maktab kat Ipoh. Lepas tu buat degree kat UPSI. La ni jadi Headmaster di Sitiawan Perak. Kalau kawan-kawan ke sana cari lah dia di HP : 019 527 6945. Masa muda dia pakai Scrambler Yamaha Enduro warna kuning hitam yang dia simpan dengan baik sampai la ni dan saya pakai Scrambler Honda XL125 merah putih. Dikala itu, on the way balik utara dari KL saya singgah tempat dia dan kami konvoi balik kampung. Honda XL saya dah jadi bangkai.
Foto ini dirakam bersama keluarga saya dalam satu ziarah kerumahnya dalam tahun 2006.
Assalamualaikum saudara Ahmad, kalau tak salah ingatan saya kali terakhir saya jumpa saudara kita ni adalah masa saya balik bercuti awal tahun 80an. Masa tu saya berkunjung kerumahnya yang terletak ditepi jalan masuk ke Kem Tentera Tok Jalai tapi kini rumah tu dah tak ada.
ReplyDeleteMasa sekolah dulu saya bersama saudara Ramlan dan saudara Jamaludin Abu Bakar selalunya menelaah pelajaran bersama, selalunya kat rumah saya. Masa tu kami memang seronok betui... Lepas SPM 1975 kami berpisah kerana saya masuk polis, Ramlan pergi Maktab Perguruan manakala Jamaluddin pi Kursus HA Pembancuh Ubat. Jamaluddin saya ada jumpa beberapa kali kat Hospital Jitra.
Seronoknya kalau dapat jumpa mereka semula untuk mengingati kisah-kisah lama.
Tq kerana kembalikan ingatan saya kepada Saudara Ramlan.
Selepas ayahnya meninggalkan, rumah dia tu diruntuhkan kerana nak besarkan kawasan kem. Emak dia ikut duduk dengannya di Kuala Kangsar. Masa tu dia mengajar di sana sebelum pindah ke Sitiawan.Dia mengorat orang Kuala dan saya datang majlis kawinnya tu. Ingat lagi rumah kayu dua tingkat di tepi Sungai Perak dekat Kampung Bendang Kering, Kuala Kangsar. Tiap kali balik kampung saya singgah ziarah mereka. Satu-satunya kawan yang tidak terputus berhubung dari darjah satu sampai la ni.
ReplyDeleteHarap jamaluddin datang juga pada 26.12.2009..nak jumpa.Rindu betul nak naik basikal bersama.lalu dalam kebun getah dan lalu kat pokok 3 beradik tu.Pokok tu dah tak ada.Syok naik turun gon, putus rantai gerek aku..
ReplyDelete