Wednesday, 19 August 2009

kopi jagho


Sudah lama saya tidak jumpa kawan saya ini. Lepas berhenti kerja gomen dia bukak companay Kina Herbs. Lepas tu dia berulang alik ke Long Pasia di pendalaman Sabah. Ada sekali dia ajak saya. Dah booking pun tiket AirAsia, tetapi last minit batal atas sebab tak dapat elak.

Khabarnya dia sering masuk hutan kat situ cari ramuan herba untuk resipi minuman istimewa keluaran syarikatnya. Saya nak ikut pasai nak tarik kelah atau sebarau. Nampaknya masa belum izinkan .

Sebaik masuk rumahnya, saya nampak kotak-kotak bersusun. Produk barunya sedia untuk masuki pasaran. Produk dihasilkan dari kombinasi hasil bumi virgin forest Long Pasia dengan teknologi sains permakanan. Dia namakan produknya itu Kopi Jagho - sejenis minuman kopi pra campuran dari ektrak berbagai jenis herba seperti ubi jaga, tongkat ali,tunjuk langit dll.

Sambil bual bual, dia jamu saya dengan kopinya itu. Boleh tahan. Katanya dia akan pasarkan di Timur Tengah.
Sementara tu, kalau jumpa kat kedai kopi cuba la try tokai tengok. Buat buka posa pun boleh. Buat sogh lagi baguih. Sekurang-kurangnya tolong support sedara kita nak meniaga. Pada dok selalu support depa yang hanya bayar cukai, elok lah bagi sikit kat sedara kita yang bayar zakat. Lebih afdal dan dijamin suci.

Sunday, 9 August 2009

apologise


Tidak sukar nak cari Jalan Enggang. Taman Keramat ni bukannya asing sangat bagi saya. Orang Melayu kampong kalau mai KL, ada tiga tempat yang boleh mengesahkan bahawa depa dah sampai KL ia itu Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampong Keramat. Saya sampai pukoi 5 petang tatkala warga kota megah ini mula berlumba-lumba balik dari korja.


1. Hikopi di rumah Makalang CT berselera dengan ayam mercik Lubuk Kawah. Sepatutnya Beryani Kambing Panggang Wang Tepoih yang akan dihidang kepada Madud, tetapi atas alpaleka saya, lori kambing Hashim pancit kat Perak. Hikopi turut meraikan Yati Daud yang akan merantau ke LA, USA untuk dua tiga tahun demi tugas kepada anak bangsa di luar negara.


2. Sebelum balik, kakja beriya-iya himpun semua orang nak tangkap gambag nak muat dalam blog ni, tut tut, sekali lagi kelekaan saya tidak bawa kamera buat Kakja tergenang airmata. Tak dapat la tonton wajah-wajah depa. Dengan kamera tpon koman saya ni, tentu la tak puas tengok wajah Madud dengan kyusuk balut jambul jagung kering untuk layog paru-paru, kata dia dapat di Kodiang ka Tunjang. Mujog maklang standby camera dia.


3. Sembang pi sembang mai, rupa-rupa TAL18 tu kaum kerabat Maklang CT. Kira bau derian jugak la. Kalau ikut jarak macam Kedah dengan Penang – dekat sangat la tu. Tanya pasai Ain, spontan depa tanya balik “ anak cikgu Mat Taib tu ka?” Saya tak dapat jawab. Tapi bila tengok gambag lama di laman Darah59, budak Ain tu yang berdiri paling kanan barisan belakang.


4. Sentuh pasai proposal Darah59 untuk gathering kat utara. Semua setuju dan sokong. Tapi tidak pada tarikh sekitar raya. Pasai, depa kata masa tu semua sibuk dengan adik beradik dan kaum keluarga , setahun sekali, jadi bagi line penuh la kat semua. Betul jugak. Dicadang pada masa selesa dalam bulan Disembar. Tempat mungkin kat Kelab Darul Aman, Hosba Valley atau Restoran some where else near Kelubi. Kalau venue kat tempat persendirian, ramai yang sogan - maklum la rumah orang. Ramli Hashim boleh uruskan. Lepas tu depa cadang buat la pahala sikit – hulug dua tiga kupang sorang.


5. Tunggu Cheazmi memintas jalan, tak pintas-pintas. Rupenya tak boleh nak pintas, trafik heavy, lampu tak hijau-hijau. Yang mana ada duduk la gebang. Sampai pukoi 10 malam jugak. Kebetulan Chan (Norlida Sulaiman) dan suami pun dapat join ( Chan ni classmate masa kat SK Tok Jalai).

Saya minta maaf banyak-banyak kat Maklang CT dan kakja. Saya akan cari Hashim tuntut hutang. Kalau tak dapat dagin, tulang kambin pun tak pa, kita buat sup tulang untuk himpunan akan datang. Kalau Hashim tak mau bayag hutang dia tu, saya akan buat repot kat Che Azmi. – hantar notis saman….