Tuesday, 27 October 2009

Wajah Silam 5 - AD ITM Shah Alam 1981













Wajah Silam 4 - SMDSO Alor Setar 1977

Tingkatan 6A1 SMDSO, Jalan Sultanah Alor Setar.

Yang sekelas dengan aku dari sekolah rendah disini ialah Ahmad Jaafar dan Siti Mariam Hamzah. Dari SMJ, KakJa. Selain depa ni yang dapat jumpa masa tua ni ialah Husin Putih, Wan Salim dan Abd Rahman Zainol. Yang lain hilang tanpa berita.

Wajah Silam 3 - SMJ 1975

Tingkatan 5B 1975 SMJ
Semasa tingkatan 5 aku belagak sikit. Rajin ponteng kelas. Yang paling aku ingat ialah Cikgu Besar tu, Cikgu Abdul Razak Abu pasai dia sebat aku tiga rotan dalam pejabat sekolah kerana ponteng balik awal. Yang tangkap aku ialah Cikgu Jaafar Ismail ketika sedang isi angin basikal dekat stesen minyak Shell depan rumah Mohamad Rahim.

Wajah Silam 2 - SMJ 1973

Tingkatan 3A 1973 SMJ.

Inilah wajah-wajah rakan sekelas bersama Cikgu Wan Bin binti Kamaruddin yang tersenyum manis lagi bijaksana. Dia la yang bubuh tempat duduk aku kat depan sekali beradap meja dia pasai dok rajin buat bising kat belakang.

Gambar yang kena conteng tu ialah Mohd Jamil Hashim. Ada sejarah sebenarnya. Masa tu aku rajin pi rumah dia di Pelubang. Kami sauk anak ikan kalui di sungai Pelubang. Satu hari bergaduh berebut anak ikan kalui. Dia dan geng sekat tengah jalan masa nak balik. Lepas begaduh, sampai rumah aku terus conteng gambarnya, nak padam dari ingatan kononnya.
Begitulah. Tetapi bila dewasa dia lah kawan yang aku selalu ziarah bila balik kampung. Rupanya ada hikmah bergaduh dulu. Bila tua dia jadi lebih rapat.Bagaimanapun, gambar terconteng tak boleh dipulihkan walaupun aku belajar jadi pendekar gambag. Ini la dia orang tua-tua dok kata, telajak perahu buleh undog, telajak conteng ini la padahnya.
Aku harap hempa semua dapat mai rumah Satirah atau dapat mai reunion nanti.

wajah silam 1 - SKAAT 1970


Darjah 6B 1970 - Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera , Tok Jalai, Jitra , Kedah.
Yang aku masih ingat
Ramlan, Idris,
Pauzi, Rosli , Mazlan, Nazri,Johari, Shuib, Lupa, Yusof, Nik Hasan,
Fazil, Boon Kim, Azizan, Shahidan, Jamalulail, Ahmad, Ghazali dan Adnan.


Wednesday, 21 October 2009

Tiga Yet

Saya sedang mengemas pejabat bila tiba tiba dia talipon. Katanya dia ada mesyuarat di Salak Tinggi. Kebetulan balik raya baru ni di kampung, dia tidak sempat berjumpa saya. Maka kami pun pekena teh o limau dengan roti pisang di Pelita Cafe di pinggir pekan Bandar Baru Salak Tinggi.
Walaupun pun rakan sekampung di Kedah sejak kecil dan jiran seperantauan di Selangor tapi kami jarang bertemu. Tugas harian yang sibuk mungkin alasan munasabah yang biasa diberi. Begitulah.
Masa kanak-kanak di kampung, kami sama-sama menyerkap ikan di bendang. Mengelau ikan haruan di batas ban pada waktu malam musim kemarau sehingga pernah di usik syaitan. Sama sama ponteng mengaji Quran di madrasah kerana pi tengok TV cerita kombat The Gallant Man dekat Kem Tok Jalai. Sama sama berenang dalam alur taliair dan kolam korek tanah dekat Kampong Naga. Sama sama ragas pokok keriang dot, muyu dan remia. Pendekata dia adalah rakan rapat alam kanak-kanak di kampung dulu.
Sebenarnya ada seorang lagi rakan kami. Kami bertiga semuanya. Dan kami namakan diri kami bertiga sebagai Yet. Nama sebenar dia ialah Abdullah Md Din dan yang seorang lagi tu Baharin Othman. Bagaimanapun Yet Baharain telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan di Pekan Tok Jalai lima tahun lalu.
Yet Abdullah masuk sekolah Arab di Alor Setar kemudian ke Kolej Islam Kelang, UKM dan UK. Dia pernah bertugas sebagai guru, pensyarah dan Pengetua beberapa kolej dan maktab. Kini salah seorang peneraju sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Tahniah diatas pencapaian beliau sebagai budak kampung yang dulu belemoih dengan lanyau.
Yet Bahrain menerus pelajaran nya di Kedah dan bertugas di beberapa jabatan kerajaan di sana. Tugas terakhir beliau di Jitra sehingga akhir hayatnya.
Dulu kami sering berjumpa pada musim cuti raya di Kampung Telok Gelam , kampung tempat kami dilahir dan dibesarkan. Kini kampung tersebut turut menjadi asing kepada Yet Abdullah walaupun dia masih mempunyai emak untuk diziarahi kerana peredaran zaman merubah banyak perkara.

Sunday, 4 October 2009

ALUMRA

Suasana ALUMRA 09 DI KSA


Suara Madud mengusik hadirin..


Madud pekena dulu sebelum nyanyi lagu raya


Lagi ..... pun tak dan jugak


Lagi ... takdan kenai jugak



Abang senior kita, tak dan nak kenai.


Kamal bawa album lama, nak tunjuk gambar Zaleha Hamid kat Mat Aris.


Wan "the Rugger" kena tulih nama sendiri dekat tag. Koden dera dia.

Empat Hero filem Hindi - BOBBY
Dari kiri : Mazlan , Mazlee, Md. Aris, Che Azmi.