Sekiranya kehidupan adalah sebuah pengembaraan, SMDSO menjadi hentian akhir bagi sebahagian kita dalam penerokaan mencari ilmu pada peringkat menengah. Di sini kita menamatkan pengajian peringkat sekolah iaitu peringkat tertinggi sebelum ke universiti, maktab, kolej atau memasuki alam pekerjaan. Kita juga berada pada penghujung usia belasan di sini.
Sebab itu selepas peringkat ini, semuanya menjadi semakin jauh terpisah. Ada yang dapat bertemu kembali dan ada yang terus tidak ketemui lagi sehingga akhir hayat kerana terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi.
Saya memasuki ITM di Shah Alam dan Ali Zakaria ITM Dungun. Abu Samah, Hashim, Rosaini , Abd Rahman Zainol, Ismail Ibrahim, Hamid dan Rani UM di KL ( kalau tak silap). Selebihnya saya tidak lengkap maklumat tetapi ramai yang masuk maktab perguruan dan polis seperti Mohamad Ismail.
Imej-imej ini dirakam dalam aktiviti Minggu Suaikenal pelajar tingkatan 6 ( Atas dan Rendah). Sebahgian dari rakan-rakan ini dapat reunion kembali dan sebahagian nya terus hilang tanpa berita. Saya paparkan semula sebagai satu lagi cara untuk mengesan jejak rakan supaya dapat berjumpa semula setelah sekian lama terpisah. Mungkin dengan imej lama ini dapat mengimbau kenangan silam dan membangkitkan keinginan nak berjumpa kawan-kawan lama.
Berdiri dari kiri: Zahari, Azmi Kuala Kedah, Basharah, Rosemalina, Mariam, Azamudin, Md Duki
Duduk : Ahmad, Puzi, Hassan, Abd Rahman, Din Shaari.
Abd. Kudus, Siti Mariam, Mariam Lengkuas, Eshah Yahya
Junior 6R
No comments:
Post a Comment