Thursday, 29 July 2010

SIMPATI JAMALUDIN ABU BAKAR


Jamaludin Abu Bakar berada di SMJ dari 1971 hingga 1973. Lepas SRP dia dapat tawaran masuk aliran sains di SMPN, Tunjang. Lepas SPM dia masuk IMR dan kini bertugas di Hospital Jitra dan menetap di Bandar Daulaman. Beliau adalah rakan sekampung dan sama sekolah rendah saya di SKAAT Tok Jalai. Dalam setiap majlis reunion, dia adalah antara rakan yang tidak pernah mis paling awal sampai. Telefon tengah malam ajak minum teh tarik pun dia tidaka menghampakan.
Mudah-mudahan kita dapat berkongsi dan membantu meringankan tanggungan beliau. InsyaAllah.
Dibawah adalah mesej beliau di petik dari laman FB dan respon dari rakan rakan kita.
Saya Jamaludin Abu Bakar kena ambik cuti panjang agak-agak 2 bulan start bulan 8 ni lepaih operate kepala mem pasai barah penuh dah merebak belah kiri otak .lepaih operate doktor nak pantau dlm wd lebeh kurang 2 bulan.kena ambek cuti tanpa gaji atau setengah gaji ka cuti pun tadak.minta kawan fb tolong doa moga selamat semuanya.kalau boleh nak minta sumbangan untuk kos rawatan dll dari kawan-kawan fb (Bank Islam 02039024349270)
3 hours ago ·

Saw Teik Hock En.Jam, saya dan isteri akan sumbang sebanyak RM100, dan akan maklumkan apabila wang tersebut telah dimasukan ke bank...dan kami doakan semuanya selamat...
3 hours ago

Saw Teik Hock En.Jam saya dah masuk RM100 pukul 8.30malam tadi, ini adalah sumbangan tidak seberapa dan iklas dari saya dan isteri..
about an hour ago ·

Aliyah Ramli Insyaallah, diharap jamaludin tabah menghadapinya. kami sentiasa mendoakan agar cepat sembuh.
about an hour ago ·

Mazlee Ahmad Salam men,, aku tak pernah tulih apa-apa pun kat hang selama ni, tapi sebagai kawan, aku turut merasa simpati atas apa yang hang hadapi.. moga tabah Men, sekadar termampu akan lah aku usahakan bersama kawan2 yang ada.

Thursday, 22 July 2010

MAKAN DURIAN




Kakja adalah panggilan manja kami kepada Aliyah Ramli. Dia rakan sekelas saya semasa darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera Tok Jalai. Darjah 3 dia pindah ke Sek. Keb. Jitra.
Kemudian kami bertemu sekali lagi di Sekolah Menengah Jitra dalam Tingkatan 2A, 3A dan 4A. Kemudiaan sekali lagi dalam kelas Tingkatan 6A1 di Sek.Men. Dato' Syed Omar, Alor Setar. Tingkatan 1, 5 dan 6 Rendah saya terpisah kerana turun kelas. Kakja terus maintain kelas A kerana dia tergolong dalam pelajar pintar dan aktif kokurikulum, sukan dan juga memegang jawatan jawatan penting di sekolah.
Selepas Tingkatan 6 saya masuk ITM di Shah Alam dan Kakja masuk Maktab Perguruan. Sesudah itu seperti kebanyakan rakan rakan lain kami terputus hubungan sehingga lah munculnya teknologi maklumat yang telah membantu menjejaki kawan kawan sekolah sesudah 30 tahun berpisah.
Apa yang membuat kisah lebih menarik, rupa-rupanya suami Kakja adalah rakan sekelas saya semasa Tingkatan 6 Rendah di Yayasan Bimbingan, Ramli Hashim. Bertemu kembali buat pertama kali ketika kenduri kawin anak sulung mereka, Faiz di Tunjang benar-benar mengikat ukhwah kami. Kebetulan pula Faiz tinggal di Sg. Merab, tidak jauh dari Salak Tinggi tempat tinggal saya sekarang. Sekali lagi kebetulan apabila Siti Rokiah atau nama manjanya Maklang tinggal di Keramat KL dan Che Azmi di Batu Caves. Mereka memang rapat dengan saya. Sejak itu kami sekeluarga sering saling mengenali dan kunjung mengunjung.
Sesuai dengan karisma masa lampaunya, Kakja mengatur satu lagi siri pertemuan semula. Kali ini makan pulut durian di rumah saya di Salak Tinggi. Dia usaha bawa pulut kukus dan jerok maman nak umpan maklang.
Maka berimpun lah keluarga kami termasuk Wan Zaiton, Md Aris Bachik, Che Azmi, Kakja dan Maklang Siti di rumah saya. Saya semawa Hasim Ismail mai sama dan memang dah agak. Hashim memang balog liat kalau nak jumpa kawan kawan ni. Saya menempah durian dari seorang pekebun Cina yang datang buat promosi kat rumah tapi tak sedap hati. Saya tempah juga dari kebun seorang rakan di Jenderam. Mujur. Pekebun China tu tak timbul timbul sampai hari ini.
Terima kasih kawan kawan kerana sudi datang menziarah kami sekeluarga di kediaman sementara Salak Height Villa...he he he..
Rumah Maklang sudah kena..Selepas ni Kakja kata rumah Che Azmi pulak..siap hang Mie..stok nasik lemak satu hari hang kena reserve khas...