Wednesday, 30 December 2009

Saad Shaari


Telah lama saya cari kawan kita ni. Ada dua sebab. Pertama satu kelas dengan saya masa Tingkatan 1. Kedua dia ada pertalian keluarga yang rapat dengan saya dari sebelah bapa. Lepas bersara dari TLDM, cuma dengar cerita dia ada di Pulau Pisang. Akhirnya sekali lagi dengan bantauan Kakja, dapat pergi rumahnya. Tidak dapat join Bendang Kelubi sebab hari tersebut sedang menunggu bakal besan bertandang menyunting bunganya.....

Saad boleh di hubungi di HP 017 413 7143

Apologise Noran

Zambri. Mazli, Norsaid, Pak Din & daughter. Norsaid kalau rumah Noran awai lagi dia pi no. Banyak pulak makan ...



Makngah Satirah,Kakja, Norliza, Noran, Osma, Zarina dan isteri Mazli.

28 hb Dec. 2009 kenduri Noran. Kak Ja ada ajak sebelum balik ke Salak. Bila di Salak sekali lagi Mazli telefon ajak. Sudah tentu tidak dapat hadir. Pasai 28 hb tu sudah ada di Salak. Ingat nak tunggu sampai hari kenduri baru balik, tapi lepas reunion 26hb tu, keadaan memaksa, dan terpaksa lah balik juga. Maaf banyak-banyak lah Noran.


BTW Mazlee, seperti selalu, rebah bangkit dia akan lunaskan harapan kawan-kawan. Dia tetap hadiri. Siap ambik gambag lagi pulak dan kirim kat saya. Dari dulu sampai la, bukan takat rupa fizikal tak berubah, perangai pun sama. Itu lah dia Mazli kawan kita ini.

Monday, 28 December 2009

Album Bendang D Kelubi

Sebahagian dari keluarga kawan-kawan kita


Gambar grup kumpulan datang awal dan balik awal.


Sesudah 30 - 35 tahun kemudian, kita bergambar semula. Sapa sapa yang ada gambar grup masa sekolah dulu, cuba kompe tengok, ada dak perubahan. Kalau takdak atau sikit sangat bezanya, bermakna dia memang stedi la, macam sapa no ..........


Gambar grup kumpulan datang lewat, balik lewat. Duduk ditengah ialah Cikgu Fatimah dan suami. Terima kasih cikgu.


Che Man Hamid - Pengacara Majlis terbilang


Grup Form sedang "berlagak" diketuai Dzambri Abd Rahman


Grup tingkatan tak kurang jugak "lagaknya" diketua Fazil Baharum, macam Kojak no...


Cikgu Zamri Ramli, Rohani, Anand, Mazlan dan Sopiah.



Mohd Jamil Hashim - tetamu paling istimewa menyatakan rasa terharunya


Orang Kuat Bendang Kelubi sedang berlagak juga.

Monday, 21 December 2009

Cheda dulu dulu

Dalam emelnya (dibawah) kepada saya dan Mazlee, Cheda tidak hampakan kita untuk rekol balik rupa paras dia masa tu. Dengan imej terpapar, mungkin kekawan buleh ingat sapa si Cheda ni.
Mad & Mazlee

Gambaq yang Scout tu ialah yang berdiri dari kiri Hafiza Hanafiah (la ni cik gu besaq kat Changlon), Sharifah Othman kerja kat Polis A/Star, Cik gu Sabarudin kalau tak silap, Salehah Hashim (la ni nurse kat Kuboq Panjang). Yang duduk tu kiri sekali che da la dan Norhayati Pak Mud (La ni Nurse kat A/Star). Rasa2 kenai dak, ada gambaq pakai spec mata tebai , kalau jumpa nak email kat hampa kot lebih kenai.

Gambar kedua tu pulak kalau tak silap dengan geng2 sekolah Pulau Nyoq che da buat Remove Class di sana tahun 1970. ada yang kenai dak? Che da yang berdiri kanan sekali tu yang pakai kain susun traditional, la ni mana ada dah yang reti pakai kain susun dan ikat tali pinggang, la ni semua pakai siap dah.

Ok, ni dah nak balik, snow masih turun lebat, teringat makan ice kepai cina jitra. Kita main kotoq2 leapih tu pi beli ais kepai, tapi tak sakit pun, memang keabi kita dulu no, anak2 la, sikit silap sakit sana sini.

From 24th ni hantar email kat
pida3@hotmail.com sebab cuti sampai 4th Jan. Kirim salam kat cik gu2 kita no.

Salam
Che Da
Cheda masa kat SMPN. Mie takkan tak ingat kut? Yang pakai kain macam kipas cina tu!


Ni la dia cheda masa jadi anak serigala SMJ - yang duduk depan pakai seluag panjang kiam lutut tu ( la ni loya kat London nu.)
Berdiri dari kiri , Cikgu besag Changlun, Polis Alor Setar,(cikgu depa), misi kubog panjang, misi Alog Setag.

Friday, 18 December 2009

Reunion Versi Bagan Lalang

Air sedang surut. Pasir pantai Bagan Lalang memutih jauh ketengah laut, disimbah cahaya matahari diselubungi mendung. Langit kelabu. Cuaca yang suram tetapi panas menyengat juga.
Panorama itu welcome kami dalam satu sub-alumni versi Bagan Lalang family type. Ia terdiri dari Keluarga Kakja, Maklang Siti Rokiah, Che Azmi dan keluarga saya. Kami menyewa chalet LKIM yang diurustadbir oleh Persatuan Nelayan Bagan Lalang dengan kadar cuti sekolah/cuti umum sebanyak RM110.00. Kadar biasa RM90.00.

Pantai ini tidak jauh dari Bukit Pelanduk yang masyhur dengan JE. Tapi itu dulu. Kini air nya telah pulih sepenuhnya. Jerneh berkaca-kaca seperti pantai-pantai lain, bahkan kalau nak celen PD pun, bila-bila masa saja. Sebab itu terdapat satu projek mega sedang membangun - Sepang Gold Coast - rumah pelantar pantai terpanjang di Malaysia - mengunjur sehingga mencecah beting tempat saya selalu memukat ketam tidak lama dulu.

Menjelang senja, langit mendung itu tiba-tiba saja menaburkan hujan. Program BBQ kami perlu diteruskan. Medan membakar digenang air. Mujur ada khemah tersedia tetapi takungan air benar-benar mengingatkan saya majlis kenduri kat kampung di Kedah pada musim hujan. Apapun situasi terpanggang juga ayam mercik, sotong dan udang mengiringi pulut kukus ikan kering kelapa parut di campur buah cempedak.

Siti Rokiah bawa emak dan kakaknya sekeluarga dari Lubuk Kawah. Bila Siti Rokiah pekenai saya ni anak Md Saman, terus dia recognise.... Md Lazim ka, tu dia aih, keluag-keluag kampong ni baru jumpak. Klasiknya dia buleh ingat lagi nama saya di kampung tu...
Kami berempat dulu satu kelas masa tingkatan 3 1973 di SMJ. Lepas SRP Che Azmi masuk aliran sains di SM Pulau Nyok. Siti Rokiah masuk asrama penuh di SMSAH, Jenan. Saya dan Kakja naik Tingakatan 4 SMJ aliran sastera. Lepas 30 tahun, Siti Rokiah dan KakJa jadi guru, Che Azmi Pegawai polis dan saya peniaga kecil selepas bersara awal dari perkhidmatan awam.




Tuesday, 1 December 2009

Album Satirah

Di rumah Mak Ngah Satirah , sekali lagi sambil makan dapat jumpa kawan lama. Beberapa kawan yang dapat datang rumah kak ja dulu tak dapat datang kali ini tapi diganti pula oleh yang lain seperti Che Man, Md Tamin, Rashidi, Mazlee, Norsaid, Fadzil, Sophia, Wan Zaiton dll. Yang paling best lagi, grup form pun ada sama seperti Fazie, Yusof, Kamal dll. Dengar cerita , Maklang CT Rokiah sebak kat Keramat pasai tak dapat datang. Takpa maklang, di rumah Noran nanti kita jumpa lain. Kata kakja, seronok betui kerana lebih ramai dapat datang. Saya mengharapkan juga Zulkifli Shafie, Zulkifli Din, Mohamad Ali, Ramlan Husin, Md Aris Bachik dll dapat datang tetapi apakan daya depa mungkin ada urusan tidak dapat dielak. Yang datang lebih awal pun, tidak juga dapat berjumpa seperti Jamilah Md Isa . Apapun , kalau semua dapat datang , berhimpun dan berjumpa, alangkah bagusnya.
Seguni penghargaan kepada Mazlee, Mazlan dan Kamal yang setakat ini habag mai la tang cerok mana pung, tidak kira subuh ka lohog ka, laut ka sungai ka paya ka, insyaAllah depa bertiga ni sampai. Begitu juga Ramli yang setia menemani Kakja walau ke hujung benua sekalipun....