Di rumah Mak Ngah Satirah , sekali lagi sambil makan dapat jumpa kawan lama. Beberapa kawan yang dapat datang rumah kak ja dulu tak dapat datang kali ini tapi diganti pula oleh yang lain seperti Che Man, Md Tamin, Rashidi, Mazlee, Norsaid, Fadzil, Sophia, Wan Zaiton dll. Yang paling best lagi, grup form pun ada sama seperti Fazie, Yusof, Kamal dll. Dengar cerita , Maklang CT Rokiah sebak kat Keramat pasai tak dapat datang. Takpa maklang, di rumah Noran nanti kita jumpa lain. Kata kakja, seronok betui kerana lebih ramai dapat datang. Saya mengharapkan juga Zulkifli Shafie, Zulkifli Din, Mohamad Ali, Ramlan Husin, Md Aris Bachik dll dapat datang tetapi apakan daya depa mungkin ada urusan tidak dapat dielak. Yang datang lebih awal pun, tidak juga dapat berjumpa seperti Jamilah Md Isa . Apapun , kalau semua dapat datang , berhimpun dan berjumpa, alangkah bagusnya.
Seguni penghargaan kepada Mazlee, Mazlan dan Kamal yang setakat ini habag mai la tang cerok mana pung, tidak kira subuh ka lohog ka, laut ka sungai ka paya ka, insyaAllah depa bertiga ni sampai. Begitu juga Ramli yang setia menemani Kakja walau ke hujung benua sekalipun....
No comments:
Post a Comment