Friday 18 December 2009

Reunion Versi Bagan Lalang

Air sedang surut. Pasir pantai Bagan Lalang memutih jauh ketengah laut, disimbah cahaya matahari diselubungi mendung. Langit kelabu. Cuaca yang suram tetapi panas menyengat juga.
Panorama itu welcome kami dalam satu sub-alumni versi Bagan Lalang family type. Ia terdiri dari Keluarga Kakja, Maklang Siti Rokiah, Che Azmi dan keluarga saya. Kami menyewa chalet LKIM yang diurustadbir oleh Persatuan Nelayan Bagan Lalang dengan kadar cuti sekolah/cuti umum sebanyak RM110.00. Kadar biasa RM90.00.

Pantai ini tidak jauh dari Bukit Pelanduk yang masyhur dengan JE. Tapi itu dulu. Kini air nya telah pulih sepenuhnya. Jerneh berkaca-kaca seperti pantai-pantai lain, bahkan kalau nak celen PD pun, bila-bila masa saja. Sebab itu terdapat satu projek mega sedang membangun - Sepang Gold Coast - rumah pelantar pantai terpanjang di Malaysia - mengunjur sehingga mencecah beting tempat saya selalu memukat ketam tidak lama dulu.

Menjelang senja, langit mendung itu tiba-tiba saja menaburkan hujan. Program BBQ kami perlu diteruskan. Medan membakar digenang air. Mujur ada khemah tersedia tetapi takungan air benar-benar mengingatkan saya majlis kenduri kat kampung di Kedah pada musim hujan. Apapun situasi terpanggang juga ayam mercik, sotong dan udang mengiringi pulut kukus ikan kering kelapa parut di campur buah cempedak.

Siti Rokiah bawa emak dan kakaknya sekeluarga dari Lubuk Kawah. Bila Siti Rokiah pekenai saya ni anak Md Saman, terus dia recognise.... Md Lazim ka, tu dia aih, keluag-keluag kampong ni baru jumpak. Klasiknya dia buleh ingat lagi nama saya di kampung tu...
Kami berempat dulu satu kelas masa tingkatan 3 1973 di SMJ. Lepas SRP Che Azmi masuk aliran sains di SM Pulau Nyok. Siti Rokiah masuk asrama penuh di SMSAH, Jenan. Saya dan Kakja naik Tingakatan 4 SMJ aliran sastera. Lepas 30 tahun, Siti Rokiah dan KakJa jadi guru, Che Azmi Pegawai polis dan saya peniaga kecil selepas bersara awal dari perkhidmatan awam.




3 comments:

  1. ayah saye azmi che lam..tp xde pn gamba beliau..hehe

    ReplyDelete
  2. Farra..ayah farra gagal di kesan..kalau ada HP dia boleh kasi kat Pak Cik..dia dulu bintang rugby sekolah (SMJ dan KSAH)..kawan kawan lain seperti Wan Sepet, Li Terung (geng rugby dia) dah beberapa kali reunion..alangkah seronok kalau dia boleh join..

    ReplyDelete